Syarikat Thailand muncul pemegang saham utama Swift Haulage

Syarikat Thailand muncul pemegang saham utama Swift Haulage

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengangkutan kontena terbesar negara, Swift Haulage Berhad berkata, pemegang sahamnya, Persada Bina Sdn. Bhd. menjual 11.16 peratus daripada modal saham terbitan syarikat itu kepada syarikat logistik  berpangkalan di Singapura, JWD Asian Holding Pte Ltd pada harga RM61.9 juta atau 63 sen secara tunai.

Harga pelupusan premium adalah 3.3 peratus kepada harga penutup Swift Haulage sebanyak 61 sen pada Jumaat lalu.

JWD Asian adalah unit Kumpulan Syarikat JWD, syarikat logistik serantau berpangkalan di Thailand dan beroperasi di seluruh ASEAN.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, Swift Haulage berkata, Persada Bina yang kini memegang 309.62 juta saham atau 35.16 peratus kepentingan dalam syarikat itu, telah memeterai perjanjian jual beli dengan JWD Asian untuk cadangan pelupusan 98.27 juta saham itu, bersamaan 11.16 peratus saham terbitan Swift Haulage.

“Cadangan pelupusan dijangka siap pada 22 Februari,” katanya.

Selepas pelupusan, Persada Bina akan memegang 24 peratus kepentingan dalam Swift Haulage, manakala JWD Asian akan muncul sebagai pemegang saham yan lebih besar dengan kepentingan 11.16 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swift, Haulage Loo Yong Hui mempunyai pegangan saham yang besar dalam Persada Bina.

Beliau adalah anak kepada Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Penasihat Swift Haulage, Loo Hooi Keat.

Saham Swift Haulage mengakhiri sesi pagi Isnin turun 1.5 sen atau 2.46 pada 59.5 sen, dengan 2.22 juta saham diniagakan.

Permodalan pasarannya berjumlah RM529.61 juta. Harga saham syarikat itu telah meningkat 4.39 peratus setakat tahun ini dan 19 peratus dalam tempoh setahun yang lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×