FIRMA penyelidikan PublicInvest Research kekal positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara ini dalam jangka sederhana, disokong oleh trend peningkatan populasi yang semakin tua. Selain itu, ia turut disokong oleh pertumbuhan dalam pelancongan perubatan dan peningkatan keseluruhan dalam permintaan untuk perkhidmatan perubatan. Untuk itu, firma berkenaan telah mengekalkan penarafan “overweight” untuk sektor berkenaan. Firma penyelidikan itu berkata, walaupun pengenalan Kertas Putih Kesihatan yang memerlukan potensi kerjasama melalui perkongsian awam-swasta akan…










