PETALING JAYA: “Pertamanya, saya bukan bersara, bukannya berhenti, bukannya dipecat. “Saya meletakkan jawatan (Pengerusi LTAT) tersebut berkuat kuasa 7 Februari lalu,” jelas Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kepada Utusan Malaysia. Beliau memberi penjelasan itu susulan kenyataan LTAT yang menyatakan Raja Mohamed Affandi bersara sebagai Pengerusi LTAT berkuat kuasa 8 Februari. Bagaimanapun, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan tersebut. Sebaliknya, beliau hanya menjelaskan akan meletakkan dirinya sebagai menjaga keberadaan dan kepentingan LTAT. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya