PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kekurangan permintaan belian disebabkan Indeks dolar AS terus mengukuh. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.7570/7620 berbanding dolar, berbanding 4.7155/7185 pada penutup Jumaat lalu, memetik laporan Bernama. Menurut Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes, ringgit akan mengalami sedikit `kemunduran’ minggu ini kerana data pekerjaan AS yang kukuh menyaksikan dolar AS terus mendapat daya tarikan. Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1999/2035 daripada 3.2142/2164 pada penutup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya