PETALING JAYA: Prestasi nilai kerja pembinaan pada 2023 berjumlah RM132.2 bilion, tumbuh sebanyak 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pada tahun tersebut, semua subsektor mengalami peningkatan dengan aktiviti Kejuruteraan awam meningkat ketara sebanyak 15.7 peratus, diikuti Aktiviti pertukangan khas (8.5 peratus), bangunan kediaman (3.7 peratus) dan Bangunan bukan kediaman (3.1 peratus), katanya. Bagi suku keempat 2023, nilai kerja pembinaan berjumlah RM34.1 bilion, peningkatan 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, peningkatan diperkukuh oleh pertumbuhan lebih pesat dalam subsektor kejuruteraan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya