PETALING JAYA: Permintaan dalam sektor ekonomi dijangka terus meningkat selaras dengan pemulihan global, peningkatan perbelanjaan pengguna dan aktiviti perniagaan yang lebih menggalakkan, menurut Ketua Pengarah Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin. Beliau berkata, pasaran buruh negara juga dijangka kekal stabil pada suku tahun akan datang (suku pertama 2024) rentetan daripada pelaburan dan pertumbuhan dalam kebanyakan industri. Katanya, pada suku tahun keempat 2023 menyaksikan pertumbuhan sederhana (jawatan baharu) di tengah-tengah gelombang makro ekonomi yang berlanjutan, konflik geopolitik dan sentimen berjaga-jaga dalam perniagaan menjelang 2024. Beliau memberitahu, negara mencatatkan pertambahan jawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya