PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) mengumumkan pelantikan Naoya Okada sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 1 Mac 2024. Menurut kenyataannya, Lembaga Pengarah mengiktiraf dan mengalu-alukan Naoya kerana beliau telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan AEON sejak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi pada 2022. Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin berkata, Naoya memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi AEON. “Pengetahuan pasarannya yang berwawasan dan strategik telah menjadikan AEON yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya. Naoya akan menggantikan Keiji Ono, seorang eksekutif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya