PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan program ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Program diadakan di Pasar Raya Besar Mydin Subang Jaya itu merupakan salah satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial daripada MBPJ kepada komuniti Petaling Jaya yang memerlukan. Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon telah menyerahkan baucar bernilai RM300 kepada 60 keluarga terpilih untuk membeli peralatan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis. Mohamad Zahri berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai tanggungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya