PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat, sasaran ringgit mencapai paras 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kurang realistik, namun tidak mustahil untuk dicapai. Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains İslam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berpendapat, hal ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu diramal hanya sekitar empat peratus dan tahun ini, mungkin berada sekitar 4.5 peratus. Katanya, ia menggambarkan pertumbuhan ekonomi negara masih pada kadar sederhana disokong oleh pelaburan domestik yang kukuh berbanding pelaburan asing yang masuk ke dalam negara. “Di samping itu, siri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya