PETALING JAYA: Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) meningkat 1.0 peratus kepada 115.5 mata pada suku keempat 2023 berbanding 115.4 mata pada suku ketiga tahun sama. IHPRP adalah untuk mengukur perubahan harga pengeluar bagi sektor perkhidmatan tempatan di Malaysia. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku tahun ini. Katanya, subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat sebanyak 5.5 peratus disumbangkan oleh peningkatan aktiviti perjudian dan pertaruhan (6.2 peratus). “Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kenaikan 3.4 peratus disebabkan oleh kenaikan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya