PETALING JAYA: Status halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membolehkan permintaan terhadap produk salai keluaran syarikat Erul Food Industries meningkat sehingga mampu menarik pelanggan dari negara jiran termasuk Brunei dan Indonesia. Pemilik Erul Food Industries, Mohd. Khairul Samat, 39, berkata, beberapa pembeli dari kedua-dua negara tersebut yakin untuk membeli produk tersebut disebabkan status berkenaan. Katanya, bermula April hingga Julai 2023 produk salai milik mereka telah terjual sebanyak…