KUALA LUMPUR: Industri alatan perubatan mencatatkan pelaburan berjumlah RM807.6 juta bagi sembilan bulan pertama 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata, pelaburan yang besar ini bukan sahaja mempercepatkan pengembangan pertumbuhan industri tetapi juga meletakkan asas bagi penjanaan lebih 1,363 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negara ini. Katanya, pelaburan domestik menyumbang lebih dua pertiga pada 73.7 peratus daripada jumlah ini, manakala, baki…










