AMPANG: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pembangunan digital di DUN Hulu Kelang bagi proses transformasi kepada sebuah bandar pintar. Menerusi kerjasama selama 10 tahun itu, kedua-dua pihak akan berkolaborasi untuk meneroka dan melaksanakan penyelesaian teknologi 5G dan infrastruktur gentian yang mantap. Ia bagi membina ekosistem bandar pintar yang akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di Hulu Kelang. Menteri Besar…









