PETALING JAYA: Bilangan penganggur menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, trend guna tenaga yang positif pada Disember 2023 mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial. Kata beliau, perkembangan itu mengakibatkan kedudukan tenaga buruh terus berkembang sepanjang bulan tersebut, dengan jumlah penduduk bekerja meningkat, manakala bilangan penganggur menurun. “Oleh itu, bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember 2023, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya