PETALING JAYA: Kafe Cinta Dalam Kopi menawarkan 100 kek cawan (cupcake) kepada 100 pengunjung terawal sempena pembukaan rasminya hari ini.
Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang mendapat baucar bernilai RM20 dan juga boleh menikmati dua mangkuk bingsu dengan hanya RM22 bagi melengkapi hidangan mereka di Kafe Cinta Dalam Kopi, terletak di dalam Evo Mall, Bangi.
Pengurus Kafe Cinta Dalam Kopi, Muhammad Azmeer Azrul berkata, menepati dengan konsep kafe yang romantik dengan tema berwarna merah jambu, pelanggan juga bakal menerima belon berbentuk hati sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka.
“Kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti frappe, toast, bingsu, kek, pasta, mee kari nyonya, nasi lemak ayam crispy, nasi ayam buttermilk yang pasti akan
menjadi menu terhangat di CDK dan banyak lagi dengan rasa yang dan tidak dapat dilupakan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, selain menu yang membuka selera, kafe ini juga menjadi salah satu lokasi yang sesuai bagi mereka yang mencari tempat untuk bergambar atau lebih senang dengan gelaran instagrammable spot.
“Jangan lepaskan peluang untuk merasai atmosfera penuh kasih sayang dan hidangan manis di Kafe Cinta Dalam Kopi. Lawati kami hari ini dan nikmatilah dunia manis dan hangat yang kami tawarkan!,” katanya. – UTUSAN









