YTL PowerSeraya memenangi RFP pertama di bawah  EMA

YTL PowerSeraya memenangi RFP pertama di bawah  EMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: YTL PowerSeraya Pte. Limited (YTL PowerSeraya) memenangi Request for Proposal (RFP) pertama di bawah rangka kerja Proses Berpusat baharu EMA bagi membina Turbin Gas Kitaran Gabungan Sedia Hidrogen 600MW (CCGT) di tapak Stesen Janakuasa Pulau Seraya (PSPS).

Pembinaan CCGT dianggarkan menelan belanja SG$800 juta (RM2.8 bilion) dan disasarkan siap pada 31 Disember 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL PowerSeraya, John Ng berkata, YTL PowerSeraya berbesar hati dan mempunyai tanggungjawab membina CCGT di PSPS.

Menurutnya, YTL PowerSeraya komited untuk memanfaatkan teknologi canggih dan amalan lestari untuk menyumbang kepada matlamat keselamatan tenaga dan alam sekitar Singapura.

Beliau berkata, CCGT YTL PowerSeraya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 30 peratus isipadu hidrogen-sedia dengan keupayaan menjadi retrofitted bagi 100 peratus  operasi hidrogen-siap pada masa akan datang.

“Ia membantu dalam pelepasan pengurangan kerana pembakaran gas hidrogen tidak menghasilkan gas rumah hijau dengan menekankan komitmen organisasi terhadap amalan lestari alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata, ia usaha besar YTL PowerSeraya dalam meletakkan Singapura mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih jangka panjang menjelang 2050 di bawah Pelan Hijau Singapura.

Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Power International, Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata, projek itu sepenuhnya selaras dengan komitmen untuk pelaburan jangka panjang dalam teknologi rendah karbon, infrastruktur dan penyelesaian tenaga canggih.

“Ia membolehkan kami terus menyediakan hasil yang terbaik hasil manfaat pelanggan dan komuniti kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×