UEM Edgenta tingkat kesedaran ke arah tadbir urus yang baik

UEM Edgenta tingkat kesedaran ke arah tadbir urus yang baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) mengambil langkah strategik untuk menghidupkan semula komitmennya ke arah tadbir urus yang baik melalui Hari Integriti UEM Edgenta.

Program yang bertemakan mencipta semula masa depan melalui tadbir urus baik itu menandakan ikrar baharu syarikat dalam memupuk budaya amalan perniagaan yang beretika dan telus.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, pihaknya percaya integriti dan ketelusan adalah tunjang pertumbuhan yang mampan.

“Kekurangan kualiti ini bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada individu tetapi juga memberi kesan buruk kepada prestasi dan reputasi mana-mana syarikat dan lama-kelamaan akan memberi kesan kepada kemampanan jangka panjang organisasi.

“Program ini hanyalah satu daripada banyak inisiatif yang telah dirancang oleh syarikat dalam usaha berterusan kami untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan budaya tingkah laku perniagaan yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syahrunizam, komitmen UEM Edgenta terletak pada memperkukuh budaya integriti dan etika di seluruh organisasi.

“Prinsip yang tertanam dalam nilai teras syarikat ini mempunyai nilainya yang tersendiri, membimbing perniagaan dan operasi kami ke arah integriti yang tidak berbelah bahagi dan prestasi cemerlang.

“Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, kami bertegas bahawa semua usaha dan proses perniagaan kami mematuhi amalan tadbir urus korporat yang baik,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada proses ke arah tadbir urus yang baik, UEM Edgenta telah berjaya memperoleh pensijilan ABMS 37001 (Sistem Pengurusan Anti Rasuah) yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM QAS.

Pengiktirafan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, SIRIM Berhad,Mohd. Faisal Abdul Shukor kepada Syahrunizam dalam program tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×