Tip merancang landskap halaman rumah minimalis

Tip merancang landskap halaman rumah minimalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP pemilik rumah bertanah menginginkan untuk memiliki sebuah landskap halaman rumah yang minimalis tetapi cantik untuk dilihat.

Konsep minimalis adalah bagi menghargai keindahan yang terletak pada kesederhanaan dengan mengurangkan ele­men-elemen yang tidak perlu.

Hal ini memerlukan kita menciptakan tampilan yang tenang dan elegan kerana keindahan landskap halaman rumah tidak perlu diterjemahkan melalui kekompleksan, tetapi melalui garis-garis yang bersih dan bentuk yang sederhana.

Berikut adalah enam panduan yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin merancang landskap halaman rumah minimalis berdasarkan penelitian penulis termasuk di dalam sesawang.

1. Menentukan objektif landskap
Tentukan tujuan dan fungsi landskap halaman anda sebelum memulakan projek. Adakah anda mahu mencipta ruang rekreasi, taman bunga, atau kawasan santai?

Jika mengetahui objektif landskap akan membantu anda merancang reka bentuk yang sesuai dan memenuhi keperluan anda.

2. Fokus pada kesederhanaan sahaja
Anda boleh memilih elemen yang bersih, sederhana, dan tidak rumit serta hindari kelebihan hiasan atau aksesori yang tidak perlu.

Konsep minimalis hanya menekankan kejelasan dan keanggunan melalui penjagaan elemen agar tidak terlalu padat atau berselerak.

3. Pemilihan warna netral
Gunakan palet warna netral seperti putih, kelabu, atau cream. Warna-warna ini dapat menciptakan tampilan yang bersih dan menenangkan.

Pemilihan warna netral membantu menggambarkan estetika minimalis dan mewujudkan kesan ruang yang luas dan teratur.

4. Pilih tanaman dengan bentuk sederhana dan struktur daun yang elegan
Tanaman minimalis memberikan kesan segar tanpa menimbulkan kekusutan visual dan mengelakkan terlalu banyak tanaman.

Struktur daun yang elegan merujuk pada cara daun tanaman tumbuh, susunan mereka, dan bentuk daun. Tanaman dengan struktur daun yang elegan dapat memberikan sentuhan keanggunan dan kelembutan pada taman. Misalnya, tanaman dengan daun lebar dan tipis atau tanaman hias dengan tekstur yang menarik.

5. Menggunakan elemen batu dan kayu
Gunakan elemen hardscape seperti batu dan kayu untuk memberikan tekstur dan kontras serta memastikan bentuknya tetap sederhana.

Elemen ini menambah dimensi dan kehangatan tanpa menghilangkan kesan minimalis.

6. Memilih pencahayaan yang tepat
Pilih pencahayaan luar yang sederhana tetapi efektif seperti mengunakan lampu luar minimalis untuk menyorot titik-titik tertentu.

Pencahayaan yang tepat dapat menonjolkan kecantikan tanaman dan elemen landskap tanpa menggangu sifat minimalisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN