Sunway Group menang empat anugerah Putra Brand Award

Sunway Group menang empat anugerah Putra Brand Award

SUNWAY Group tampil cemerlang apabila merangkul empat anugerah pada Putra Brand Award 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Group memenangi empat anugerah pada Putra Brand Award 2023 termasuk Putra Enterprising Brand of the Year yang dimenangi oleh Sunway Education Group.

Sunway Education Group turut memenangi anugerah Emas dalam kategori Pembelajaran dan Pendidikan, manakala kedua-dua Sunway Lagoon dan Sunway Property masing-masing membawa pulang anugerah Perak dalam kategori Hiburan dan Pembangunan Hartanah.

Ketua Pegawai Strategi Jena­ma Sunway Group, Nik Tasha Nik Kamaruddin berkata, anugerah tersebut membuktikan komitmen Sunway Group untuk mencapai kecemerlangan dalam semua yang dilakukan.

“Sunway meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun ini dan kami berbangga kerana telah menjadi salah satu konglomerat terkemuka di rantau ini dengan jenama yang kukuh dan bereputasi baik.

“Syarikat kekal komited sepenuhnya untuk membina dunia yang lebih cerah sambil kami terus memberi impak positif kepada jutaan nyawa dalam misi pembinaan negara kami,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengiktirafan itu mengesahkan usaha Sunway dalam memupuk jenama yang dipercayai di peringkat global melalui inovasi produk dan perkhidmatan, komunikasi yang berkesan dan tanggungjawab sosial korporat.

Putra Brand Awards menerima respon daripada lebih 11,000 responden di seluruh Malaysia dalam tempoh tinjauan selama lapan minggu.

Responden diminta memilih jenama pilihan mereka dalam 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza.

Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A) dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Putra Brand

Anugerah tersebut mengiktiraf pembinaan jenama sebagai bahagian penting dalam pelaburan perniagaan, menggunakan metodologi pengguna yang teguh untuk menentukan jenama kegemaran negara dalam pelbagai kategori.

Sebelum ini, Sunway Group memenangi lima anugerah, termasuk Putra Brand of the Year pada Putra Brand Awards 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN