Sime Darby Property wujudkan rumah mampu milik

Sime Darby Property, Lagenda Properties wujudkan rumah mampu milik

DATUK AZMIR MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) memeterai perjanjian pemegang saham dengan Lagenda Properties Berhad (Lagenda Properties) untuk menubuhkan Seed Homes Lagenda bagi membangunkan rumah mampu milik.

Perjanjian tersebut dimeterai melalui anak syarikat milik penuhnya, Seed Homes Sdn. Bhd. (Seed Homes)

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, kerjasama itu berfungsi sebagai penggerak bagi membangunkan rumah mampu milik secara komersial.

Menurutnya, kerjasama itu juga dijangka menyokong pasaran perumahan mampu milik yang berkembang di Malaysia dan seterusnya menggalakkan pemilikan rumah.

“Usaha sama ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan rumah mampu milik dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang boleh memberikan nilai tambahan kepada saranan ini.

“Ini berpandukan matlamat syarikat sebagai pengganda nilai kepada masyarakat, perniagaan, ekonomi dan planet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Seed Homes Lagenda bakal memulakan projek perbandaran mampu milik pertamanya di Gurun, Kedah melalui pengambilalihan tanah seluas 100.7 hektar daripada Sime Darby Property.

Azmir berkata, 3,000 rumah mampu milik dijangka akan dibangunkan dengan memanfaatkan lokasi yang strategik dan kesan limpahan potensi pertumbuhan perindustrian di Gurun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lagenda Properties, Datuk Jimmy Doh berkata, pihaknya terujuan dengan kerjasama tersebut yang memanfaatkan kepakaran kedua-dua syarikat untuk menyampaikan standard baharu dalam perumahan mampu milik.

“Dengan rekod prestasi yang cemerlang termasuk penghantaran lebih 10,000 rumah mampu milik, Lagenda Properties telah menunjukkan keupayaan yang tinggi selaras dengan minat dan keperluan pasaran.

“Kepakaran kami membolehkan syarikat untuk membangunkan perbandaran mampu milik dengan harga yang berpatutan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×