PUTRAJAYA: Sektor agrikomoditi negara dijangka menyumbang sekitar RM80 bilion tahun lalu atau lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) biarpun berdepan cabaran global. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, nilai eksport bagi sektor itu pula dijangka mencecah RM155 bilion atau 11 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara. Beliau berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga mengunjurkan pertumbuhan global berkembang sebanyak tiga peratus pada 2023 dan 2.9…










