PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran negatif pada hari ini berbanding dolar AS, dengan sentimen terus `terkekang’ oleh jangkaan bahawa berkemungkinan besar kadar faedah yang lebih tinggi untuk jangka panjang. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.6420/6480 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam pada 4.6330/6370. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, harapan untuk pengurangan kadar berlaku dalam tempoh terdekat kelihatan pudar…










