PETALING JAYA: RHB Banking Group (RHB) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan (GWB) baharu berkuatkuasa 2 Februari 2024. RHB dalam kenyataannya berkata, Fad’l mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam pasaran modal dan perbankan pelaburan yang menjangkau lebih dari dua dekad. Katanya, Fad’l merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank yang memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan perbankan pelaburan. Bank berkata, beliau memulakan kerjaya sebagai peguam…










