PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton mencatatkan prestasi jualan terbaiknya sejak tahun 2012 apabila mencapai pertumbuhan jualan 154,611 unit untuk pasaran domestik dan eksport pada 2023. Proton dalam satu kenyataan berkata, pencapaian jualan tahun lalu itu adalah rekod pertumbuhan bagi lima tahun berturut-turut, mengatasi rekod puncaknya iaitu 141,432 unit yang dijual pada 2022. “Jualan 2023 mencatat peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding 2022. Penguasaan pasaran keseluruhan syarikat dijangka sebanyak 19.4 peratus…










