PROLINTAS dapat pembiayaan RM2.7 bilion daripada BPMB 

PROLINTAS dapat pembiayaan RM2.7 bilion daripada BPMB 

RONI Abdulwahab (tiga, kanan) dan Mohammad Azlan Abdullah (lima, kanan) bersama wakil daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan PROLINTAS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memberi kemudahan Pembiayaan Aset Tawarruq berjumlah RM2.7 bilion kepada Prolintas Managers Sdn. Bhd. (Prolintas), syarikat milik penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd.

Pembiayaan itu sebagai pemacu ekonomi penting untuk membantu PROLINTAS Group dalam penstrukturan semula komprehensifnya melibatkan empat lebuh raya konsesi.

Ia adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam ( LKSA) dan Kajang Dispersal Link Expressway (SILK) (syarikat konsesi).

PROLINTAS Group telah memulakan inisiatif penstrukturan semula konsesi untuk memastikan kemampanan dan kemampuan lebuh raya, memberikan kadar yang lebih rendah kepada pengembara melalui lanjutan tempoh konsesi.

Penstrukturan semula ini juga meletakkan asas bagi pelaksanaan penyenaraian yang melibatkan syarikat konsesi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata, perkongsian dengan Prolintas menunjukkan komitmen Bank untuk menyampaikan modal impak bagi pembangunan negara dan peranan kitaran balasnya dalam memperkukuh pelaburan infrastruktur jangka panjang yang mampan.

“Memandangkan peranan penting mereka dalam sistem jalan lingkaran luar Kuala Lumpur, lebuh raya ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti dengan bandar satelit dan hab ekonomi di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS Group, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, bekerjasama dengan BPMB dalam inisiatif pembiayaan itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dengan mengurangkan kadar tol syarikat terbabit.

“Di Prolintas, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik.

“Pembiayaan BPMB akan membantu kami untuk terus membolehkan akses untuk menyokong pembangunan ekonomi, menyusun semula hutang kami untuk menjadikannya lebih boleh dilaksanakan sambil terus menawarkan perhubungan bandar yang dipertingkatkan dan merealisasikan misi kami untuk menjadi laluan pilihan penumpang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×