Pendapatan sektor utiliti dijangka stabil sepanjang 2024

Pendapatan sektor utiliti dijangka stabil sepanjang 2024

TENAGA Nasional Berhad. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor utiliti dijangka mengekalkan pendapatan dan aliran tunai yang stabil sepanjang 2024, menurut penganalisis.

Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, ia disokong oleh permintaan yang mampan, dijamin oleh Kawal Seliaan Berasaskan Insentif dan Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (IBR/ICPT) serta perjanjian jangka panjang.

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun terdapat kesan margin bahan api negatif terhadap pendapatan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam tempoh sembilan bulan 2023 (9BTK2023), namun aliran tunai TNB kekal stabil, dengan jangkaan pulangan kepada pendapatan normal pada 2024 distabilkan oleh harga tenaga.

“Dalam jangka panjang, pendapatan TNB dijangka berkembang dengan pengembangan Rangka Kerja Asas Aset Terkawal Selia (RAB) dan sumbangan baharu daripada pelaburan tenaga boleh diperbaharui,” kata HLIB dalam nota kajian.

HLIB turut meramalkan pendapatan mampan untuk Petronas Gas Bhd. pada 2024, memandangkan segmen pemprosesan gas telah memperoleh perjanjian baharu dengan syarikat induk Petronas bermula dari 2024 hingga 2029.

Selain itu, HLIB menjangkakan YTL Power International Bhd. mengekalkan pendapatan kukuh pada suku akan datang, disokong oleh prestasi kukuh dan margin segmen runcit Singapura, sumbangan baharu daripada Jordan Attarat, prestasi stabil Jawa Power, dan pemulihan UK Wessex disebabkan oleh tekanan inflasi yang menurun.

HLIB menjangkakan kestabilan yang konsisten dalam dividen, dengan TNB menawarkan 55 sen sesaham, Petronas pada 72 sen sesaham, dan YTL Power memberikan pembayaran dividen yang lebih tinggi sebanyak 10 sen sesaham.

Firma itu juga menyatakan keyakinan terhadap kerajaan dalam mengekalkan komitmen mereka terhadap mekanisme RAB/ICPT untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan semasa dan akan datang.

“Kami mengekalkan menarafan overwight ke atas sektor utiliti dengan saranan ‘beli’ untuk YTL Power (harga sasaran (TP): RM3.90) dan TNB (TP: RM11), dan saranan ‘hold’ untuk Petronas Gas ( TP: RM17.75),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×