Modenas hadiah skuter Karisma 1255 kepada Derrick Gan

Modenas hadiah skuter Karisma 1255 kepada Derrick Gan

ROSLAN Roskan (kanan) menyampaikan sebuah Modenas Karisma 125S serba baharu kepada peminat bola sepak tular, Derrick Gan di KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Modenas menghadiahkan sebuah Modenas Karisma 125S serba baharu kepada peminat bola sepak tular, Derrick Gan yang menjual motosikalnya untuk pergi menyokong Malaysia di Piala Asia di Doha.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pihaknya tersentuh dengan kisah Derrick yang menunjukkan semangat sebenar peminat bola sepak Malaysia.

“Modenas berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan berharap Karisma 125S baharu akan memudahkan perjalanannya, baik di atas mahupun di luar jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan motosikal tersebut berlangsung di Balai Ketibaan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Roslan, tindakan Derrick yang tidak mementingkan diri sendiri menjual motosikalnya untuk pergi menyokong pasukan bola sepak kebangsaan telah menarik perhatian Modenas.

Sementara itu, Derrick berkata, dia terkejut dengan penyerahan motosikal tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Modenas.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Modenas atas usaha luar biasa ini dan saya tidak sabar untuk terus menyokong Harimau Malaya dengan Modenas Karisma 125S baharu itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×