Melaka hab pilihan sektor elektrik, elektronik

Melaka hab pilihan sektor elektrik, elektronik

AB. RAUF Yusoh berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Audemars Microtec (Malaysia) Sdn. Bhd. di Perindustrian Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Melaka mencatatkan nilai pelaburan keseluruhan RM4.77 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau optimis Melaka mampu mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

Kata beliau, pencapaian itu dipacu usaha berterusan kerajaan negeri yang giat mempromosikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur.

“Saya yakin dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang bekerja kuat untuk membawa masuk pelaburan ke Melaka.

“Daripada nilai pelaburan yang dibawa saya jangkakan kita akan melepasi jumlah pelaburan RM10 bilion pada pengujung tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Audemars Microtec (Malaysia) Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Ab. Rauf merasmikan bangunan baharu milik syarikat yang berpangkalan di Switzerland itu dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta.

Tambah Ab. Rauf, sektor perindustrian dan pembuatan merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi negeri dengan menyumbang sebanyak 37.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2022.

Menurutnya, setakat ini terdapat 60 kilang industri semikonduktor yang beroperasi di Melaka.

“Keyakinan syarikat-syarikat ini menjalankan perniagaan di negeri ini telah mengukuhkan lagi imej Melaka sebagai antara hab pilihan untuk pelabur sektor elektrik dan elektronik (E&E) di rantau ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN