MEASAT, Starlink jalin kerjasama

MEASAT, SpaceX jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MEASAT Global Berhad (MEASAT) kini menjadi Penjual Semula Rasmi yang dibenarkan oleh Space Exploration Technologies Corp. (SpaceX) untuk perkakasan dan perkhidmatan Starlink di pasaran yang dikendalikannya.

MEASAT dalam kenyataan berkata, status itu mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia sehenti untuk pelanggan mencari perkhidmatan dan penyelesaian satelit yang paling sesuai memenuhi keperluan mereka.

MEASAT berkata, Starlink mendapat manfaat daripada kehadiran pasaran MEASAT yang mantap, perkhidmatan pelanggan dan sokongan teknikal yang kukuh, termasuk meja bantuan 24×7 dan sokongan serta penyelenggaraan di tapak.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Komersial MEASAT, Ganendra Selvaraj berkata, Kumpulan itu teruja bekerjasama dengan Starlink sebagai Penjual Semula Rasmi yang sah.

Jelas beliau, MEASAT dapat meningkatkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk baki 3 peratus rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sambungan daratan dengan menerapkan keupayaan Starlink.

Dalam pada itu, Ganendra berkata, perkhidmatan ‘fit-for-purpose’, ketersediaan tinggi untuk pangkalan pelanggan MEASAT dalam sektor Minyak dan Gas, Maritim dan Perusahaan juga akan diperluas.

Menurut beliau, status sebagai Penjual Semula Rasmi Starlink menandakan peristiwa penting dalam perjalanan pertumbuhan berterusan sebagai produk satelit orbit bukan geopegunan (NGSO) pertama yang ditawarkan melalui rangkaian di darat.

Bagaimanapun, beliau menambah, MEASAT terbuka untuk bekerjasama dengan entiti lain dalam menyampaikan manfaat teknologi satelit termasuk agensi kerajaan, perusahaan komersial dan penduduk luar bandar melalui pelbagai portfolio penyelesaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN