ROMPIN: Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) dengan kerjasama RHB Bank melancarkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan tenaga solar yang pertama di negara ini dalam kawasan ladang sawit Bandar Tun Razak, Keratong di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Kosma, Datuk Zamri Mohamad berkata, pihaknya berbangga kerana ladang koperasi tersebut menjadi perintis dalam menyediakan kemudahan ATM kepada para pekerjanya. Menurutnya, menerusi kerjasama itu, Kosma dan RHB Bank mencatatkan dua rekod yang boleh dimasukkan dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) kerana mewujudkan mesin ATM dalam kawasan ladang dan menggunakan tenaga solar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya