Kerajaan mengecualikan CGT, FSI untuk unit amanah

Kerajaan mengecualikan CGT, FSI untuk unit amanah

AMIR Hamzah Azizan (dua, kanan); Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swif (kanan), dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Pelancaran Bursa Pelbagai Aset dan Logo Baharu Bursa Malaysia, di Bursa Malaysia hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan telah bersetuju mengecualikan cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai pendapatan sumber asing (FSI) ke atas unit amanah saham.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat sepenuhnya daripada keuntungan wang titik peluh mereka dan melabur untuk masa depan.

Katanya, pengecualian FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026 manakala, pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, kami mendapat perhatian bahawa satu bahagian yang tidak diingini yang terjejas oleh CGT ialah unit amanah saham, memandangkan lebih daripada 90 peratus pemegang unit amanah adalah individu.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan ini menghargai maklum balas dan penglibatan. Sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan pengenaan CGT serta cukai FSI ke atas unit amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran logo baharu Bursa Malaysia dan pelancaran Bursa Malaysia sebagai Bursa Pelbagai Aset di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×