PETALING JAYA: Selepas 23 hari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kosong, ia mula mencetuskan tanda tanya apabila masih belum ada pengganti. Jawatan itu kosong selepas pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet pada 11 Disember 2023. Dan sehingga berita ini ditulis, masih belum ada tanda mengenai pelantikan CEO baharu, meskipun beberapa nama sebelum ini disebut-sebut oleh penganalisis kemungkinan dilantik…










