PETALING JAYA: OCBC Bank (Malaysia) Berhad menyokong pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Malaysia dan Singapura bagi pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank, Tan Chor Sen dalam kenyataan berkata, pihaknya akan membangunkan skim yang berpandangan ke hadapan dan mudah untuk menyokong korporat dan PKS yang berpangkalan di Singapura untuk memenuhi keperluan perbankan mereka di Johor. “Antaranya adalah proses pembukaan akaun perniagaan…










