PETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 lebih tinggi antara lima hingga enam peratus, didorong oleh prestasi yang baik untuk setiap suku pada tahun itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff pula berkata, dividen KWSP dijangka berada pada kadar 5.5 peratus untuk simpanan konvensional. Katanya, dividen bagi simpanan syariah pula diunjurkan berada sekitar 5.0 peratus. “Ini dipacu oleh prestasi di Bursa Malaysia dijangka lebih baik pada tahun 2023 berbanding 2022,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya