PETALING JAYA: Datasonic Group Bhd. memaklumkan telah menerima surat anugerah (LOA) dan lanjutan empat kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah RM175 juta. Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu itu berkata, KDN telah menganugerahkan unit milik penuhnya Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), kontrak untuk membekalkan kad mentah (raw cards) MyKad, MyTentera, MyPOCA kepada Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan (JPN). Kontrak enam bulan bernilai RM28.69…










