Bursa Malaysia ditutup kukuh sejajar pengumuman OPR

Bursa Malaysia ditutup kukuh sejajar pengumuman OPR

FBM KLCI ditutup lebih kukuh pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia diniagakan lebih kukuh pada Rabu apabila indeks penanda arasa utama berada di atas paras psikologi 1,500 mata, susulan pengumuman keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kekal 3.0 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih baik pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam, naik 7.99 mata berbanding 1,496.11 pada Selasa.

Indeks barometer, yang dibuka 1.05 mata lebih baik pada 1,497.16, bergerak antara 1,497.16 dan 1,504.44 sepanjang sesi pagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, OPR yang kekal berkemungkinan dapat menarik pelabur tempatan dan juga luar negara.

Katanya, ini didorong oleh kos untuk membuat pelaburan yang lebih rendah.

“Keputusan mengekalkan OPR adalah tepat kerana dapat menyokong kestabilan ekonomi memandangkan harga bara­ngan dan kos kehidupan masih mening­kat.

“Saya jangkakan sektor di pasaran saham yang banyak menerima manfaat adalah kewangan, utiliti dan perkila­ngan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, negara dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun ini berbanding 2023, sekali gus mendorong pemulihan pada pasaran saham.

“Rasionalisasi subsidi akan mengukuhkan keyakinan dan kita jangkakan pertumbuhan ekonomi ekonomi yang lebih baik.

“Pertumbuhan pendapatan akan memacu pasaran saham. Jadi, pasaran akan memulih,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×