PETALING JAYA: Ringgit dijangka sedikit mengukuh pada minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), seiring dengan pergerakan mata wang utama lain termasuk negara di Asia Tenggara, kata penganalisis. Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka tidak banyak berubah berikutan kekurangan transaksi pada akhir tahun. Katanya, bursa dijangka didagangkan dalam jumlah dan julat sederhana berikutan ramai yang masih bercuti hingga akhir tahun.…










