PETALING JAYA: Ringgit mengakhiri 2023 dengan prestasi kukuh apabila mencecah 4.595/4.604 pada pembukaan semalam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.606/4.612 pada penutupan pada Khamis. Pada 9 pagi Jumaat, ringgit juga diniagakan lebih baik berbanding mata wang utama iaitu pound Sterling pada 5.852/5.866 daripada penutupan Khamis sebanyak 5.897/5.906, euro pada 5.089/5.100 daripada 5.122/5.129 dan yen pada 3.244/3.251 daripada 3.269/3.273. Pengukuhan tersebut didorong oleh unjuran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan…










