Prasarana lancar Pelan Tindakan Kelestarian

Prasarana lancar Pelan Tindakan Kelestarian

NIK Nazmi Nik Ahmad melancarkan Pelan Tindakan Kelestarian Prasarana, sambil diperhatikan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim (dua dari kiri), Mohd Azharuddin Mat Sah (kiri), dan Penyelaras Permastautin Bangsa-bangsa Bersatu, Karima El Korri (dua, kanan), di Kompleks BRT Sunway, Hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Prasarana Malaysia Bhd. melancarkan Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030 yang menggariskan hala tuju komprehensif serta komitmen terhadap pengawasan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat, sekali gus merevolusikan sistem pengangkutan negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata,  pelan tindakan komprehensif itu akan membantu negara bergerak ke arah masa depan yang lebih hijau, lebih saksama dan makmur.

“Prasarana Malaysia Bhd. melancarkan Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030 yang menggariskan hala tuju komprehensif serta komitmen terhadap pengawasan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat, sekali gus merevolusikan sistem pengangkutan negara,” katanya pada majlis pelan itu di sini, hari ini.

Pelancaran pelan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jelas Mohd. Azharuddin berkata, Prasarana turut melaksanakan inisiatif penyahkarbonan dengan meneruskan komitmen menukar armada basnya kepada bas elektrik.

“Daripada 15 bas EV yang digunakan sedia ada untuk Laluan BRT Sunway, Kumpulan akan menambah 100 lagi bas EV ke dalam rangkaian armada bas Prasarana menjelang 2026 dan 481 lagi bas menjelang 2030.

“Matlamat Prasarana adalah untuk menggunakan 100 peratus bas elektrik menjelang 2037, selain memulakan audit tenaga yang komprehensif dengan mengenal pasti peluang untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus menjelang 2030, yang diterjemahkan kepada 15 peratus pengurangan pelepasan karbon.

Katanya, sebanyak 103 tapak merangkumi depoh rel dan bas, stesen dan hab dikenal pasti di mana langkah penjimatan tenaga akan dilaksanakan.

“Sebagai penyumbang langsung kepada pengelakan karbon, kami menganggarkan bahawa jumlah penumpang harian membantu mengeluarkan 271,429 kereta dari jalan raya, yang bersamaan dengan menanam 3.2 juta pokok setiap tahun.

“Menjelang 2028, impak ini dijangka meningkat sebanyak 99.7 peratus apabila lebih banyak kereta akan dikeluarkan dari jalan raya seiring dengan pengembangan rangkaian kereta api dan bas, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Mengenai Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030 Prasarana tersebut, beliau menjelaskan adalah penting kerana pengangkutan ketika ini adalah penyumbang utama kepada pelepasan karbon dioksida.

“Ia harus dicontohi oleh peserta sektor pengangkutan yang lain bagi membolehkan negara mencapai sasaran SDG yang ditetapkan dan langkah ke arah kelestarian dalam sektor pengangkutan akan terus berkembang seiring dengan tempoh sama terutamanya dalam penggunaan kenderaan elektrik,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×