PETALING JAYA: Lebih 20 peratus harga barangan mentah terutama ayam dan ikan mampu dikurangkan menerusi sistem jualan di Pasar Dakwah Sepanjang Hayat (DSH), Puchong. Sistem jualan terus daripada pengusaha tanpa melibatkan orang tengah di pasar berkenaan turut memastikan jaminan bekalan dan status halal barangan mentah terutama ayam serta daging segar. Menurut Pengerusi Pasar DSH, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, selain itu perkhidmatan yang diperkenalkan turut menjadi…










