Panduan beli rumah jenis kondominium

Panduan beli rumah jenis kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri hartanah di Malaysia semakin rancak dengan kehadiran pelbagai jenis rumah mengikut keperluan anda.

Sekiranya anda berminat mendapatkan rumah bertingkat, anda boleh mencari rumah yang berkonsepkan kondominium, apartment mahupun pangsapuri kos rendah.

Dengan harga tanah yang makin terhad dan harga rumah pun makin melambung, jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika rumah bertingkat tinggi menjadi pilihan ramai ketika ini.

Lebih-lebih lagi apabila majoriti pembangunan bertingkat sedia ada menawarkan unit yang cukup luas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terbaik demi keselesaan penghuni.

Ada beberapa pertimbangan penting anda patut buat dalam soal ini.

Istilah kondominium digunakan untuk melambangkan kemewahan dalam industri hartanah di Malaysia.

Kondominium merangkumi hartanah berstrata dalam pembangunan yang boleh dianggap mewah.

Jadi, ikuti panduan untuk membeli kediaman jenis kondominium.

 

  1. Kemudahan yang berfungsi

Jika kondo atau pangsapuri mempunyai pengurusan yang baik, kemudahan sedia ada sepatutnya berfungsi dengan baik.

Tak semestinya kelihatan baharu, tapi jangan ada label rosak pada hampir kesemua kemudahan yang ada.

Sebagai contoh, kalau kita melawat bangunan tersebut selepas pukul 8 malam, kita boleh melihat pencahayaan bangunan tu sama ada banyak lampu menyala atau sudah rosak dan tak diganti.

 

  1. Tahap keselamatan

Kebanyakan rumah berkonsepkan kondominium mempunyai sistem keselamatan yang baik.

Lebih-lebih lagi ada pemantauan kerap oleh pegawai keselamatan.

Jika kondominium tersebut membina pagar elektrik dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) memang terbaik.

 

  1. Ketinggian siling

Untuk kondominium, ketinggian siling mestilah 10 kaki dari lantai.

Jika kurang daripada itu, kondominium terbabit bukanlah yang terbaik.

Untuk apartmen atau flat, siling yang berketinggian sembilan kaki (kadangkala kurang) adalah sesuatu yang biasa.

 

  1. Pemandangan yang selesa

Pemandangan di balkoni adalah segalanya.

Jika balkoni menghadap blok yang lain, ada kemungkinan ia akan memberi kesan kepada emosi kita untuk jangka masa panjang.

Cuba bayangkan, bagaimana perasaan anda menghadap ke bukit gondol.

Ada kemungkinan ia mengundang bahaya apabila hujan turun dengan lebat.

 

  1. Reka bentuk lantai

Bilik yang luas bermakna ruang yang lebih kecil untuk ruang tamu, dapur dan juga bilik air.

Semua ini adalah pilihan individu.

Bagaimanapun, jika kita berfikir untuk menyewakannya, semua bilik mestilah luas dan ruang tamu boleh sedikit kecil.

Jika ia adalah untuk kegunaan sendiri dan kita mempunyai anak-anak, ruang tamu yang besar sangat membantu untuk kita menghabiskan masa bersama keluarga setiap hari.

 

6. Kos penyelenggaraan

Kos penyelenggaraan sangat penting untuk kondominium.

Terdapat dua jenis kos penyelenggaraan yang komprehensif. Pertama adalah kos pemeliharaan dan pembaikan.

Lakukan pemeriksaan yang menyeluruh dan terperinci bagi kelengkapan dalaman dan perkakas untuk mengetahui betapa usangnya dan berapa anda perlu keluarkan duit untuk baiki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN