PETALING JAYA: MR D.I.Y Group merangkul anugerah Frost & Sullivan keempatnya, setelah menerima anugerah Amalan Terbaik 2023 Syarikat Industri Peruncitan Pembaikan Rumah Malaysia Terbaik untuk edisi tahun ini. Ini adalah tahun ketiga berturut-turut MR D.I.Y. membawa pulang penghormatan syarikat terbaik, selain diberi pengiktirafan Anugerah Kepimpinan Pasaran pada 2020. Ketua Pemasaran Kumpulan, Alex Goh berkata, pencapaian ini mengukuhkan pendekatan strategik syarikat, berpaksikan pada premis dengan menawarkan pelanggan pelbagai keperluan harian pada…










