Kempen Sunplay berjaya bersihkan 1,490 kg sampah

Kempen Sunplay berjaya bersihkan 1,490 kg sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunplay mengumumkan kejayaan membersihkan 1,490 kilogram (kg.) sisa sampah dari tujuh pantai di Malaysia melalui kempen ‘We Care for the Ocean 2023′.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd., Lim Mei Yuen dalam kenyataan berkata, hasil peluang bekerjasama dengan Watsons, Pecinta Alam Malaysia (MNS), dan Melisa itu meningkatkan capaian usaha Sunplay dan membolehkan kempen ini berjaya.

“Kami juga telah dapat mengumpulkan dana sebanyak RM40,000 sepanjang November 2023,” katanya.

Dalam pada itu, kempen berkenaan disertai 256 sukarelawan dan jumlah sisa terkumpul tahun ini melebihi tahun lepas iaitu 1,248kg.

Usaha itu dibahagi kepada tujuh lokasi termasuk Pantai Sekendi (165.9kg); Pantai Sungai Kajang (720.9kg); Pantai Redang (80.3kg); Pantai Batu Laut (23kg); Pantai Cunang (116kg); Pantai Blue Lagoon (284.3kg) dan Pantai Morib (99.2kg).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MNS, I.S. Shanmugaraj berkata, fokus utama kempen  menyerlahkan misi persatuan yang memberi penekanan terhadap pemuliharaan dan penghargaan terhadap alam sekitar.

“Kami juga berbesar hati dapat berganding bahu dengan ahli-ahli pasukan di mana usaha ini memberi kami peluang untuk menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, Aktivis Tindakan Iklim dan Kemampanan, Melissa Tan berkata, semua pihak bukan sahaja perlu meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut tetapi perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk bertindak.

“Kita perlu menghentikan pencemaran plastik di peringkat sumber dan pilihan yang kita buat pada setiap hari menyumbang secara langsung kepada masalah pencemaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×