Industri TBB dijangka tumbuh kukuh pada 2024

Industri TBB dijangka tumbuh kukuh pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri tenaga boleh diperbaharui (TBB) di Malaysia untuk 2024 akan menyaksikan pertumbuhan kukuh, menurut firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Dalam laporan tinjauan sektornya baru-baru ini, firma penyelidikan itu menjangka Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) akan memacu pertumbuhan pendapatan untuk pemain solar.

Menurutnya, ini kerana mereka berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada 800W kuota diperuntukkan kepada 32 pemenang.

“Kami menjangkakan Solarvest Holdings Bhd. akan muncul sebagai pemenang terbesar dengan penglibatan aktifnya dalam 443.4MW kuota EPCC bernilai dianggarkan RM1 bilion hingga RM1.1 bilion (buku pesanan semasa pada RM289 juta),” katanya dalam laporan itu.

Tambah HLIB, ia menganggarkan program CGPP secara keseluruhannya boleh menghasilkan antara RM2.7 bilion hingga RM3 bilion aliran kontrak EPCC pada tahun depan, walaupun selepas memfaktorkan harga modul solar deflasi.

Selain itu, firma penyelidikan itu juga menekankan bahawa Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) akan terus menyokong pengembangan kapasiti solar di negara ini dalam jangka panjang, serta potensi untuk eksport elektrik rentas sempadan melalui pertukaran tenaga boleh diperbaharui.

“Dalam konteks Malaysia, sedang meneroka sambungan kedua ke Singapura dengan kapasiti 2GW (antara penyambung pertama 1GW). Walaupun tidak jelas apakah kadar pulangan dalaman kepada pemaju, ini akan memangkinkan lagi kapasiti TBB,” katanya.

Syarikat penyelidikan itu juga mempunyai syor “beli” ke atas Samaiden Group Bhd dengan harga sasaran (TP) pada  RM1.43.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN