AmBank,PeGeBak lancar aplikasi Platform-Agnostic PeGeFlash

AmBank,PeGeBak lancar aplikasi Platform-Agnostic PeGeFlash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmBank dan PeGeBak Pte. Ltd. melancarkan aplikasi PeGeFlash dengan Dynamic DuitNow QR untuk menerima pembayaran dalam ringgit dan mata wang rentas sempadan terpilih.

AmBank dalam kenyataan berkata, kerjasama itu memberikan pelanggan perniagaan suite penuh pilihan paparan maya ‘Display Anywhere’ untuk DuitNow QR dinamik mereka.

“Ia membantu peruncit menerima pembayaran untuk transaksi yang dibuat oleh penduduk tempatan dan pelancong dari Indonesia, Thailand dan Singapura dengan ciri transaksi rentas sempadan,” katanya.

Jelasnya, pelanggan perbankan korporat boleh mengintegrasikan paparan maya DuitNow QR dinamik dengan sistem perniagaan semasa mereka (Point-Of-Sale, Pengawal stesen Pam, pengebilan WhatsApp, IOT) secara mudah dan kos efektif.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank, Jamzidi Khalid berkata, Kumpulan berharap inisiatif itu akan membantu peruncit Malaysia untuk mengoptimumkan serta menggalakkan mereka menguruskan perniagaan dengan lebih baik

“Penduduk tempatan mahupun pelancong boleh menggunakan telefon mereka untuk membuat pembayaran lancar dengan hanya mengimbas kod QR DuitNow di mana-mana perniagaan yang mengambil bahagian di Malaysia.

“Ia sekaligus menghapuskan keperluan wang tunai atau kad fizikal dan memberikan pengalaman pembayaran tanpa kerumitan untuk pelancong yang melawat Malaysia,” katanya.

Pengarah PeGeBak Pte Ltd, Arthur Goh pula berkata, saluran pembayaran DuitNow berbilang modal yang fleksibel memegang kunci kepada peringkat seterusnya pertumbuhan pembayaran QR.

“Setiap segmen perniagaan memerlukan proses pembayaran QR yang berbeza dari QR dinamik hadapan kedai kepada QR ‘Send and Forget’ menerusi media kertas atau digital di WhatsApp,” katanya.

Tambah beliau, selain daripada kadar diskaun pedagang (MDR) berasaskan transaksi standard, tiada yuran persediaan dikenakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×