PETALING JAYA: Alphacapital (M) Berhad akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat perlombongan dan komoditi, Arifa Dynamic Sdn. Bhd. (Arifa Dynamic) bagi menjalankan aktiviti perlombongan pasir silika di Terengganu. Ketua Pengarah Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak berkata, pihaknya akan menyediakan pembiayaan bagi projek berkenaan dengan sasaran sebanyak 600,000 tan metrik tan pasir silika dihasilkan setiap tahun dengan nilai lebih RM30 juta. Katanya, kerjasama untuk tempoh 30 tahun itu secara tidak langsung bakal…










