PETALING JAYA: Agrobank meraih lima anugerah menerusi kempen dan inisiatif perhubungan awamnya dalam Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2023 (MPRA). Agrobank berkata, lima anugerah itu adalah Anugerah Pelancaran Pengguna; Anugerah Pelancaran Produk (B2B); Anugerah Komunikasi Syarikat; Anugerah Komunikasi Kewangan dan Anugerah Kandungan Terbaik. “Agrobank komited merangka pelan strategik serta mengukuhkan peranan pembangunannya sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dalam memacu pembangunan ekonomi sektor pertanian,” katanya dalam kenyataan. Turut hadir di…










