PETALING JAYA: Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 mengumumkan tiga pemenang teratas yang masing-masing bakal menerima geran sehingga RM500,000 bagi menyampaikan penyelesaian inovatif dan berdaya maju untuk menangani cabaran perubahan iklim demi keterjaminan makanan di Malaysia. Tiga pemenang teratas tersebut adalah Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani yang akan menerima geran bagi merealisasikan rancangan perniagaan mereka. Panel hakim KIIC 2023 memilih pemenang dengan penyelesaian yang paling inovatif dan unik serta impak…










