SME Bank peruntuk RM1.25 juta

SME Bank peruntuk RM1.25 juta

EWON Benedick dan Aria Putera Ismail (dua, kiri) bersama peserta Program SME Bank iTEKAD pada majlis penyerahan dana fasilitasi program itu di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SME Bank memperuntukkan dana bernilai RM1.25 juta untuk diagihkan kepada 249 peserta Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti pada tahun ini bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira Dr. Aria Putera Ismail berkata, SME Bank menerima geran bernilai RM1.25 juta daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjayakan program berkenaan.

Beliau berkata, SME Bank juga telah membuka peluang kepada orang awam untuk menyumbang kepada tabung program berkenana iaitu ‘crowd-in fund’ selaras Rangka kerja Pengurusan Prestasi oleh BNM.

“Melalui tabung ini, SME berjaya mengumpul dana sebanyak RM400,406 untuk membantu pertumbuhan golongan sasaran seperti usahawan mikro,” katanya pada Majlis Penyerahan Dana Fasilitasi Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti 2023 di sini, semalam.

Majlis penyerahan dana disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir, Timbalan beliau, Saraswathy Kandasami; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank; Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim.

Selain itu, Aria Putera menambah, Centre For Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), anak syarikat SME Bank dilantik sebagai pembimbing perniagaan yang fokus kepada adaptasi perakaunan digital, strategi pemasaran melalui media sosial dan penggunaan gerbang pembayaran.

“Semua peserta telah mengadaptasi gerbang pembayaran tanpa tunai dan menggunakan sosial media untuk promosi dan komunikasi dengan pelanggan mereka,” katanya.

Ujarnya, peserta tahun ini mencapai peningkatan pendapatan secara purata sebanyak 31 peratus kepada RM2.60 juta dalam tempoh sebulan selepas menyertai program.

Sementara itu, Ewon dalam ucapannya berkata, pelaksanaan program selari dengan objektif Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil (P3PK) 2023 hingga 2027 untuk melonjakkan semula pembangunan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan usahawan merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui agensi-agensi KUSKOP seperti SME Bank dan CEDAR, SME Corp. dan TEKUN Nasional untuk memajukan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya