KUALA LUMPUR: Bertemakan `10 Tahun Memperkasa Rakyat Malaysia’, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan program InvestSmart Fest bagi mempromosikan pendidikan dan perlindungan pelabur. Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, InvestSmart Fest merupakan kebanggaan SC dalam perlindungan pelabur dan pendidikan kewangan. Beliau berkata, InvestSmart bertujuan menjadikan generasi masa depan lebih bijak melabur dan berhubung dengan mereka melalui dalam talian dan sosial media. “InvestSmart tahun ini memfokuskan empat tema utama…










